Saturday 19 April 2014

kisah ayah dengan si kura kura

Hai..ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA bagi bukan islam.. dah lama tak update blog ini..Al Maklum lah..sibuk dengan urusan BSKN( BRIDGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA)..Hari ini nak ceritakan sedikit mengenai haiwan kesayangan kami sekeluarga..KURA-KURA.. Sebenarnya dah lama dah cerita ini..bulan lepas kot dalam bulan 3 macam tu lah...Bagi admin..ini satu simbolik dalam kehidupan kita dimana apabila kita sudah besar..sudah cukup umur..kita akan keluar daripada rumah..mencari duit sendiri tanpa mengharapkan duit daripada ibu bapa kita..dan mampu mencari rumah tinggal kita sendiri..


cerita serba sedikit mengenai kura kura kami... ketika saya masih tingkatan dua..ayahku entah mengapa pintu hatinya terbuka pula nak beli kura kura untuk dipelihara..aku macam kurang percaya lah juga sebab ayahku ini jenis tak suka haiwan..haha..tak mengapa lah..asalkan ada niat nak menjaga haiwan..ayahku membeli dua ekor kura kura..kura kura pertama tu ayahku namakan "tortie"..memang boleh dikatakan liar juga sebab asyik nak gigit tangan aku aje kalau aku hulurkan tangan aku dekat mulut tortie..haha..yang satu lagi tu nama dia "sandy"..dalam mana mana kura kura yang ayah aku beli..sandy yang paling besar..jadi..tortie selalu tidur atas bandan sandy dek kerana badannya yang besar..

selama lima tahun ayah ku bela dua ekor kura kura tersebut...kura kura tersebut sudah semakin jinak dengan ayah aku..tiap kali ayah aku pulang keja..kura kura tersebut terjengah jengah kepalanya seolah olah menyambut kepulangan ayahku pulang ke rumah..kalau ayah aku pergi kerja..kura kura tersebut pun akan terjengah jengah juga kepalanya seolah olah melihat ayah aku pergi kerja..tiap minggu..ayahku akan membersihkan aquarium kura kura..dimandikan kura kura..diberuskan badannya dengan lembut...memang orang kata..bersih cengkerang dia..hehe..kebajikan haiwan..ayah aku tetap jaga..sepertimana dalam hadist..
اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.

Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]

kini..kura kura semakin membesar dan sudah boleh bertelur dalam aquarium...tapi telur tu tak menjadi kerana sudah pecah di dalam aquarium..ayah aku bercadang nak lepaskan kura kura tu dekat tasik Ayer Keroh..pada asalnya adik adik aku tidak membenarkan ayah aku melepaskan kura kura tu..tapi akhirnya adik aku bersetuju untuk lepaskan kura kura...

pada 22 hb 3 tahun 2014.. di tasik Ayer Keroh..ayah aku bersama family lain ikut sama sama dalam upacara melepaskan kura kura tersebut..di tasik..pada asalnya ayah aku berat hati nak melepaskan kura kura..tapi dalam hati..ayah aku kata..kau dah besar..kau kena hidup sendiri......lalu ayahku lepaskan kura kura tersebut dengan hati yang sayu..aku pun turut menyaksikan upacara melepaskan kura kura tersebut...apa yang lebih menyedihkan..apabila kura kura tersebut berenang di tengah tasik...kepala kura kura terjengah jengah melihat kami seolah olah melambaikan kepada kami..ayah aku berkata dalam hati..'pergilah kau..jangan datang lagi".. lalu kura kura tersebut pun meneruskan perjalanannya..dah 3 kali kura kura tersebut buat macam tu..aku terharu sangat..nak menangis pun ada..

sejak daripada itu baru aku falam kenapa ayahku buat sedemikian..ayah ku pernah berkata.."suatu hari nanti..kau pun juga akan melalui saat saat macam ini...ini merupakan simbolik dimana kita perlu hidup berdikari apabila sudah cukup umur dan tidak perlu bergantung kepada ibu bapa".. aku hanya mampu mengangguk kepala aku menandakan setuju trhadap kata kata ayahku...dan kami terus bertolak pulang ke rumah pada pkul 11.00 pagi..

itu sahaja kisah dimana kita dapat pengajaran bahawa kita perlu hidup berdikari apabila kita sudah dewasa..dan..berlaku ihsan terhadap haiwan perliharaan..next time kalau ada cerita lagi..saya akan ceritakan lagi..kalau ada silap dari segi ejaan dan bahasanya..harap diperbetulkan ea...sesungguhnya kebaikan datang daripada Allah dan salah silap datang daripada diri saya sendiri... assalamualaikum... 
kapt.Nuar Hisham